Nah!
Darah suci yang tumpah kian tumpah..
Tidak pernah berhenti mengalir walau sesaat..
Diragut manusia gila sesat..
Kau jual nyawa saudara mara..
Hanya semata kerana dunia yang kian tua..
Apa kau ingat nyawa itu kau yang punya?!
Apa kau lupa pemilik sebenar di atas sana?!
Meratap lah wahai saudaraku..
Meratap lah untuk saudaramu..
Jangan kau duduk diam membeku..
Menutup mata bagai buta..
Menutup mulut bagai bisu..
Jiwaku yang bergetar kian gusar..
Namu gusar itu kadang pudar..
Buka matamu lekas bagun sedar..
Moga gentar tiada gentar..
Monday, 19 August 2013
kipas tak behenti berputar
Baring..
Kepala ini sentiasa berfikir..
Tapi penamatnya dengan cerita angan-angan..
Dalam bilik bersepah ini aku bercerita dengan hati..
Sambil aku memetik melodi..
Melodi yang separuh jalan selalu terhenti..
Mati..
Hati mati dengar cerita hati ke hati..
Sampai orang kata aku ni spesis suka laki sama laki..
Gila..
Laki sama laki pun kisah dari hati ke hati..
Hati kefala vavi..
Sembunyi..
Sembunyi di balik hati sendiri..
Biar konon tidak endah pada suara hati..
Tutup telinga pasaldicintaik dicintai..
Dan menyintaik..
Kepala ini sentiasa berfikir..
Tapi penamatnya dengan cerita angan-angan..
Dalam bilik bersepah ini aku bercerita dengan hati..
Sambil aku memetik melodi..
Melodi yang separuh jalan selalu terhenti..
Mati..
Hati mati dengar cerita hati ke hati..
Sampai orang kata aku ni spesis suka laki sama laki..
Gila..
Laki sama laki pun kisah dari hati ke hati..
Hati kefala vavi..
Sembunyi..
Sembunyi di balik hati sendiri..
Biar konon tidak endah pada suara hati..
Tutup telinga pasal
Dan menyintai
Saturday, 10 August 2013
Jatuh Bangun Kembali
Jatuh bangun sendiri..
Jatuh bangun kembali..
Tak bangun kau mati..
Kau jatuh..
Kau mati..
Kau rugi..
Jadi..
Bangun..
Kembali..
Jatuh bangun kembali..
Tak bangun kau mati..
Kau jatuh..
Kau mati..
Kau rugi..
Jadi..
Bangun..
Kembali..
Aku Penyangak
Pandanglah..
Cakaplah..
Ya.. aku ini penyajak penyangak..
Tapi aku tak pekak..
Pandanglah..
Cakaplah..
Ya.. aku ini penyangak..
Tak kisah hatiku bengkak..
Biasa..
Mata-mata memandang jelek..
Aku rela dipanggil penyangak..
Dari dibelit perasaan riak..
Matamu itu biasa..
Tiada kuasa..
Hanya bisa lihat luarannya..
Dosa dan pahala ku..
Tuhan saja..
Tuhan saja yang tahu..
Wednesday, 7 August 2013
puisi dari twitter
Diam dan termenung..
Lintasan dalam hati manusia bergerak..
Dan aku berbisik..
Inilah kehidupan kita..
Leka dengan langit..
Sampai lupa mana darat..
Leka jerit bingit..
Sampai lupa mana hakikat..
Tetap Cahaya, Tenggelam Suria, Timbul Rembulan.
Panas Mentari, Tunduk jua pada Rembulan, Rajuk Rembulan, Malamnya terus bercahaya.
Sukar sukar sukar.. Cinta pudar jadi sukar.. Tukar tukar tukar.. Harus tukar cinta pudar..
Biar jari-jari menari bersama papan kekunci yang menyanyi lagu-lagu hati..
Puisi dengan jari.. Diskusi dengan hati.. Jangan biar mati.. Darah yang berseni..
Kadang aku berpuisi.. Kerna cerita mudah basi..
Malam masih muda.. Masih bergerak cerita hati.. Mengadu pada burung biru.. Masih bertenggek di garis masa..
Noktah. Selepasnya tetap ada sambungan. Bersambung.
#PuisiJohn
#PuisiCahaya
#PuisiSpontan

Wednesday, 31 July 2013
"Terima Kasih John"
"Assalamualaikum.. Johnn..", kelibat tubuh yang samar-samar kelihatan menyapa John.
John memerhati lama pada tubuh tersebut.
"Eh! Pidot!Waalaikumsalam!", kelihatan John mula tersenyum apabila menyedari sapaan itu tadi dari sahabat karibnya.
Pidot berdiri tak berganjak dengan seluar dan jaket jeans serta beg merah di bahunya. Senyuman terukir dari raut wajahnya yang tenang. John bersalaman dengan Pidot dan mereka saling berdakapan seolah-olah dua orang sahabat ini sudah lama tidak bertemu.
"Masuklah dulu Pidot!", John mempelawa Pidot masuk kerumahnya.
Tidak berganjak.
Pidot masih tetap berdiri dengan senyumannya. John turut tersenyum gembira dengan kedatangan sahabatnya itu.
"Aku datang ni nak ucap terima kasih kat ko John", suara Pidot tenang dengan senyumannya sedikit pon tidak hilang dari raut wajahnya.
Hati John tiba-tiba sebak.
"Tak pe lah Pidot.. Tu je yang aku mampu tolong.. Kita kan kawan", air mata mula terbit dari kelopak mata John. Dia tidak mampu lagi menahan sebak.
John memeluk erat Pidot. Pelukan dari sahabat yang benar-benar merindui.
"Terima kasih John sebab tolong kebumikan jenazah aku", bisik Pidot perlahan ke telingan John.
John terjaga dari tidurnya. Kedengaran azan Subuh sedang berkumandang sayup di pagi yang hening itu. Kerinduan pada arwah sahabatnya itu tidak pernah pudar.

Sunday, 28 July 2013
Mana Alan?!
"Wei! Berhenti dulu lah kat sini! Tunggu budak-budak perempuan dulu!" jerit Puang sambil memeberi isyarat ke tepi kepada rakan-rakannya dari atas motor.
Petang itu mereka bercadang untuk berkelah di Pantai Cherating. Merehatkan otak yang kian tepu.
Masing-masing mematikan enjin motor sambil duduk di tepi longkang menanti budak-budak perempuan kelas mereka yang masih tidak nampak batang hidung.
"Mana ni.. Budak perempuan ni lambat betul la", rungut John yang memang kurang penyabar orangnya. John mengais-ngais daun kering di tepi longkang sambil melihat gelagat Pokcek dan Alan.
"Jom! Jom! Kita tangkap gambar dulu kat sini!" pekik Amir cuba mententeramkan keadaan.
Tiba-tiba sebuah kereta kancil berhenti berhampiran mereka. Kelihatan Idah dan beberapa orang lagi budak perempuan di dalam kereta tersebut.
"Lambat la puok mung ni!", pekik Puang berseloroh pada Idah.
Mereka meneruskan perjalanan ke Cherating.
"Meh sini aku bakar ayam tu!", John buat-buat pandai. Kedengaran suara bergurau senda dan gelak ketawa di tepi Pantai Cherating petang itu.
Awal dan Pokcek sibuk dengan kameranya. Mengambil gambar untuk kenangan.
"John!John! Pandang sini!", panggil Alan sambil menghalakan lensa kamera ke arah John. Lagaknya macam profesional. John yang sedang sibuk membakar ayam sempat lagi menunjukkan simbol "Peace" pada Alan.
Alan tak banyak bercakap petang itu, tak seperti hari-hari biasa. Dia hanya berdiam diri. Duduk bersila menghadap ke arah pantai sambil menikmati bihun goreng dan ayam bakar .
Kenyang. Masing-masing bersiap mahu turun ke pantai. John, Fami dan Zid masih sibuk membakar ayam.
"Korang pegilah mandi.. Aku tak minat mandi pantai!", pekik John apabila melihat rakan-rakan yang lain sudah bersiap mahu bermain air pantai.
John tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya seronok berlari ke pantai.
Jarum jam menunjukkan hampir pukul 6. Ayam sudah habis dibakar. Air laut pun sudah mula pasang.
"Woi! dah la! naik-naik! air dah pasang ni!", jerit Fami dan Zid sambil mengemas barang-barang untuk pulang. John masih duduk bersila di atas tikar, meratah sisa ayam yang belum habis sambil melihat rakan-rakannya berjalan naik ke darat.
"Eh?! Ade orang lemas ke tu?", tanya John pada Zid dan Fami sambil menunding ke arah tepi pantai tempat Puang dan Amir berdiri.
Suasana menjadi hingar bingar. Kelihatan sesusuk tubuh yang lemah ditarik ke tepi pantai.
"Yus yang lemas tu Fami!", jerit John bingkas bangun dan berlari ke tempat kejadian.
"Siapa lemas Puang?", John serius.
"Yus dengan Alan", suara Puang terketar. Raut wajahnya cemas.
Kelihatan Awal dan Fendi sedang menarik Yus ke darat. Seorang penyelamat pantai turut membantu dan seorang lagi hanya berdiri.
Yus terbaring lemah.
Nanti!Mana Alan? John mula panik.
"Mana Alan?!", tanya John pada Amir.
"Alan tak jumpa...", Amir menjawab lemah. Suaranya sayu.
John tergamam. Air laut yang kian berombak tidak menunjukkan apa-apa riak di permukaannya. Suara-suara tangisan mula memecah keheningan senja itu.

Reggae Opera Cina
Pin! Pin!
"Assalamualaikum! Pearrr!!", jerit John.
Seperti malam-malam sebelumnya, rumah sahabatnya itu memang menjadi tempat melepak empat orang anak muda yang tak berhenti mencari arah hidup.
"Bejat! Kawan awok datang ni!", si Farid adiknya Pear menjerit. Budak ni memang biasa menjadi penyambut tetamu bila John, Samad, dan Pidot datang mahu melepak.
"Ah! Kuat betul loghat Pahang budak ni", John menyegeh melihat gelagat Farid yang tak berbaju dengan seluar sekolah dari petang tadi.
Farid masih menjerit-jerit memanggil Pear sambil terkinja-kinja bergayut di pintu berandanya yang makin senget.
"John! Masuklah dulu!", jerit Pear dari dalam rumah. Farid bingkas lari masuk ke dalam rumah.
"Haa Amjadd.. masuklah..", terdengar suara kecil Mak Cik Siti, emak Pear turut memanggil masuk.
John menolak motornya masuk ke bawah tempat letak kereta.
"Assalamualaikum", John memberi salam ketika masuk ke dalam rumah. Walaupun rumah Pear itu dah macam rumah keduanya, tapi adab tetap dijaga. Lebih-lebih lagi bila ada orang tua Pear.
"Pear! Gitar mana gitar?", tanya John sambil berdiri di depan cermin menelek nelek parut jerawat di mukanya.
"Adik! Pergi ambik gitar dalam bilik Kak Onie, bagi kat abang Amjad", perintah Pear pada Farid yang tercongok di depan TV sibuk melayan saluran kartunnya.
"Tak habis-habis dengan kartun.. Dah la tu dik..", emak Pear merungut dek kerana saluran TV yang tak bertukar dari petang tadi.
Farid keluar dari bilik Kak Onie dengan gitar di kanan dan kiri tangannya. "Nah..", Farid meletakkan gitar di atas sofa dan kembali tercongok di depan TV.
John mengambil gitar, "Pear.. Malam ni kita main lagu Reggae lah".
"Berehh..", jawab Pear pendek lalu mencapai gitar lagi satu.
"Kau main kord C G Am dengan D, nanti aku masuk lead", terang John pada Pear.
Seperti biasa tanpa banyak soal Pear mula memetik tali gitar dengan kord yang diberi oleh John. John duduk memerhati sambil mencari idea melodi yang nak dimainkan.
"Cepatlah masuk!", jerit Pear pada John yang masih kekeringan idea.
John mula memetik gitarnya sambil mencari-cari bunyi yang sesuai dengan irama yang dimainkan oleh Pear. Idea John makin rancak serancak lagu yang mereka mainkan. Masing-masing ketawa bila solo dari gitar John mula berbunyi pelik.
"Woi! Panjangnya lagu! Bila nak habis ni?!" tanya Pear sambil ketawa melihat si John spontan tak berhenti memetik gitarnya.
"Lagu apa lah yang korang main nii.. Macam bunyi opera cina je mak dengar", tiba-tiba terdengar suara Mak Cik Siti yang terjaga selepas terlelap di depan TV.
Pear dan John masing-masing berpandangan.
"HAHAHAHA!", berderai ketawa Pear dan John tak dapat menahan rasa geli hati dengan pertanyaan Mak Cik Siti.
"Berhentilah bodo!!" jerit Pear pada John yang masih tak berhenti ketawa.
Malam itu, rumah Mak Cik Siti hingar bingar dengan ketawa Pear dan John.
Lagu Reggae Opera Cina mereka terus kedengaran.

Friday, 26 July 2013
2011 Yang Hilang
2011.
Aku hilang sahabat..
DUA.
Bayangkan, kau buka mata dia ada.
Tiba2..
Hilang..
Semuanya..
Kau rasa?
Bukan aku tak terima takdirNya.
Cuma nak cakap.. SUKAR..
Carilah..
Memang tak jumpa yang sama..
Yang otaknya banyak tersumbat dari betul..
Yang lakunya normal bagi abnormal..
Ya..
Itu sahabat aku.. Sampai bila-bila.
Aku..
Tak pernah lupa..
Pasti menyusul mereka..
Mungkin bezanya dengan cara..
Dan malam itu.. aku nukilkan puisi..
Untuk aku..
Aku..
Hilang..
Sepi di penjuru noktah hidup..
Mengejar nafas kian putus..
Menanti siklus oksigen terhenti..
Rentap! Sentap ranting-ranting dosa...
Maka kornea hilang sinar..
Tutup.. Katup.. Semuanya..
Al-Fatehah

Mula Sekali Lagi
Hari ni 17 Ramadhan 1434 Hijrah bersamaan 26 Julai 2013 bersamaan Hari Nuzul Al-Quran di hari Jumaat.
Assalamualaikum.
Sebenarnya aku tak tau apa yang memaksa aku sampai aku rasa nak menulis balik.
Aku bukan seorang yang pandai menulis sebenarnya dan hidup aku tak lah menarik sangat sebab aku hidup biasa-biasa je.
Jadi, aku tak menjanjikan penulisan yang buat korang minat.
Ini.. CERITA DARI BUMI..

Subscribe to:
Posts (Atom)